6

TAJUK : Manusia


Manusia..
sana gaduh, sini pun musti gaduh..
sana rusuh, sini pun musti rusuh..
sana bunuh, sini pun musti bunuh.. 


menjadi manusia, 
kadang, memang perlu ambil tahu..
kadang, memang perlu buat tak tahu..
sebab lain manusia lain hati..
bersikap begitu tak manis, jadi bersikaplah pula begini..


itu lah manusia..
mahu sangat menjaga nama,
harta, pangkat, darjat, rupa..
apa orang buat, semua mesti ikut..
kalau tidak, nanti dibilang penakut..


hai la manusia, 
nak kecoh apa...
biarkanlah dia..
biarlah mereka..
yang susah itu, hidupnya dia,mereka..
yang penting, diri sendiri bahagia...
pedulikan apa mereka kata..
jual ikan, jual badan, jual semuanya..
kerana dikubur nanti bukan ada sesiapa..
hanya kau,
meraung bersendirian menerima azab seksa-Nya..


siapa bijak?? kau!!
siapa bangang?? kau!!
siapa kau?? MANUSIA!!!!


kedengaran suara makhluk-makhluk lain menyahut,
"patutlahhh.."

3 comments:

Anonymous said...

untuk kau sendiri baca iye, sayang?

NAJ HEBAT said...

kau luah di sini sayang?

aljambz said...

manusia tidak pernah puas.